Laman Utama
PENGUMUMAN
SEMUA PERMOHONAN PEMBAHARUAN KELAS F HENDAKLAH DIPANJANGKAN KEPADA PKK NEGERI SEBELUM 15 JUN 2012 UNTUK KONTRAKTOR YANG TARIKH LUPUTNYA PADA ATAU SEBELUM 31 OGOS 2012 SAHAJA. SELEPAS DARI TARIKH TERSEBUT SEMUA PERMOHONAN AKAN MELALUI CIDB NEGERI. UNTUK MAKLUMAN SEMUA 1 ROC SISTEM AKAN BERMULA PADA 1 SEPT 2012 INI.
KURSUS TERKINI - MASIH KOSONG
1. SEBUTHARGA DAN TENDER PADA 11 JUN 2012 DI NAZA HOTEL MASIH ADA TEMPAT KOSONG SILA HUBUNGI PUAN ZARINA DI PKK PULAU PINANG NO. TALIAN -2264600
2. SEMINAR TRANSFORMASI USAHAWAN PROGRESIF ANJURAN MARA NEGERI PULAU PINANG DAN BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD PADA 31 MEI 2012 DARI JAM 8.00 PAGI HINGGA 5.00 PETANG DI DEWAN NPC, KEPALA BATAS, YURAN PENDAFTARAN RM10.00 SAHAJA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI PUAN ZAFRINA ATAU TUAN HAJI ROSDI DI TALIAN 04-2612485/86
KERJA UNDI JKR DTL PADA 30 MEI 2012 JAM 9.00 PAGI DIJKR DTL, PULAU PINANG
TENDER PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN KE SEKOLAH/INSTITUSI PENDIDIKAN
LAWATAN TAPAK PADA 29 MEI 2012 (SELASA)
MASA PENDAFTARAN : 8.00 PAGI
TAKLIMAT : 10.30 PAGI
TEMPAT : SMKA AL IRSHAD, POKOK SENA, KEPALA BATAS, SPU
PENGENALAN
Pertubuhan ini dikenali dengan nama Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia atau dalam bahasa Inggerisnya disebut “Malay Contractors Association” dan nama ringkasnya PKMM. Ditubuhkan pada 11hb Mac 1975 di bawah Pendaftaran 1596 (Selangor).
Untuk mewujudkan dan membangunkan satu masyarakat Melayu ke arah menjadikan warga kontraktor yang berdaya maju, berinovasi, kreatif and tahan daya saing untuk mendokong cita-cita Negara, di samping menyumbang kepada kekukuhan ekonomi bangsa Melayu.
PIAGAM PERSATUAN KONTRAKTOR MELAYU MALAYSIA
- Mewujud dan memastikan ahli-ahli supaya lebih bertanggungjawab, komited dan aktif dalam bidang pembinaan ke tahap kontraktor cemerlang.
- Mengutamakan pembinaan yang bermutu tinggi, penjimatan kos dan menepati masa serta memuaskan pelanggan.
- Sentiasa menjalinkan hubungan yang erat dengan kepimpinan dan agensi-agensi kerajaan terutama yang melibatkan dasar-dasar kerajaan.
- Menjamin Kontraktor Melayu supaya sentiasa menyokong dan menghargai dasar-dasar dan usaha-usaha Kerajaan untuk membangunkan Negara.
- Melahirkan Kontraktor yang berkualiti seiring dengan hasrat Kerajaan menuju Negara maju.
- Komited dalam membantu menyelesai dan mengurangkan permasalahan Kontraktor Melayu secara keseluruhan.
- Memantau dan menyelaras aktiviti Kontraktor Melayu di seluruh Negara.
















